Sunday, November 14, 2010

SEBUT HARGA UBAHSUAI DAN NAIKTARAF WOKSYOP JKR KUALA MUDA & SIK

Kontraktor Kelas F Kepala I Sub Kepala 1 berdaftar di Daerah Kuala Muda dijemput menyertai satu sebut harga mengubahsuai dan naiktaraf bilik mesyuarat dan mekanik di Woksyop JKR Kuala Muda dan Sik. Lawatan tapak diwajibkan pada hari Isnin 22/11/2010 Jam 10.00 pagi. Notis sebutharga seperti di bawah.


Monday, November 8, 2010

SEBUT HARGA JALAN NO. JN/26/2010

Kontraktor Kelas F Kepala IV Sub Kepala 3c berdaftar di Daerah Kuala Muda dijemput menghadiri taklimat di Bilik Taklimat JKR, Tingkat 3, Bangunan Tunku Abdul Malik, Sg. Petani jam 10.00 pagi 14/11/2010 hari Ahad.


Saturday, October 30, 2010

SEBUT HARGA B(P)/12/2010

Kontraktor Kelas F dibawah Kepala I Sub Kepala 1 berdaftar di Daerah Kuala Muda sahaja. Tarikh lawatan tapak 08/11/2010 Jam 10.00 pagi di Maktab Mahmud Cawangan Bukit Meriam, Kota Kuala Muda.

UNTUK KONTRAKTOR DAERAH KUALA MUDA SAHAJA





Saturday, October 23, 2010

SEBUT HARGA JALAN JP/13/2010 DAN JP/14/2010 DAERAH SIK

UNTUK KONTRAKTOR KELAS 'F' KEPALA IV SUB KEPALA 1 BERDAFTAR DI DAERAH SIK SAHAJA

SEBUT HARGA JP/13/2010


SEBUT HARGA JP/14/2010

SEBUTHARGA BANGUNAN B/10/2010



TERBUKA KEPADA KONTRAKTOR KELAS 'F' BERDAFTAR DI DAERAH KUALA MUDA SAHAJA



Monday, October 18, 2010

SEBUTHARGA BANGUNAN B/07/2010 , B/08/2010 DAN B/09/2010

HANYA UNTUK KONTRAKTOR BERDAFTAR DI DAERAH KUALA MUDA SAHAJA

HANYA UNTUK KONTRAKTOR BERDAFTAR DI DAERAH KUALA MUDA SAHAJA

HANYA UNTUK KONTRAKTOR BERDAFTAR DI DAERAH KUALA MUDA SAHAJA

HANYA UNTUK KONTRAKTOR BERDAFTAR DI DAERAH KUALA MUDA SAHAJA


Saturday, October 16, 2010

ALBUM GAMBAR KONTRAKTOR

Satu album gambar kontraktor telah diujudkan untuk menyimpan gambar-gambar kontraktor daerah Kuala Muda dan Sik. Gambar-gambar kontraktor boleh dilihat dengan mengklik link dibahagian atas sebelah kanan laman ini. Sekiranya kontraktor yang berminat gambarnya dimasukkan ke dalam album tersebut bolehlah menyerahkan gambar berukuran passpot masing-masing ke Bahagian Kontrak, JKR Kuala Muda dan Sik. Tujuan diadakan album gambar ini adalah untuk memudahkan interaksi pengurusan JKR Kuala Muda dan Sik dengan kontraktor.


Link album gambar kontraktor daerah Kuala Muda.
http://picasaweb.google.com/jkrkms/KONTRAKTORKELASFDAERAHKUALAMUDA#


Link album gambar kontraktor daerah Sik.

http://picasaweb.google.com/jkrkms/KONTRAKTORKELASFDAERAHSIK#

Thursday, October 14, 2010

SEBUT HARGA B(P)/11/2010 SMK GURUN

Kontraktor Kelas F yang berdaftar dengan PKK di bawah Kepala I Sub Kepala 1 beralamat di Daerah Kuala Muda sahaja dijemput menyertai sebut harga Membina Dan Menyiapkan Bangsal Basikal Dan Laluan Berbumbung Di SMK Gurun, Daerah Kuala Muda. Taklimat dan lawatan tapak akan diadakan pada 19.10.2010 (Selasa) jam 10.00 pagi ditapak berkenaan. Notis sebutharga sila klik dibawah.

UNTUK KONTRAKTOR KELAS 'F' BERDAFTAR DI DAERAH KUALA MUDA SAHAJA.


Wednesday, October 13, 2010

SEBUT HARGA JN/25/2010 MEMBEKAL DAN MEMASANG GUARDRAIL JALAN -JALAN NEGERI DAERAH KUALA MUDA

Kontraktor Kelas 'E' dibawah Kepala IV Sub Kepala 3(d) dipelawa untuk menyertai sebutharga seperti notis di bawah. Taklimat akan diadakan pada 24.10.2010 jam 10.00 pagi di Bilik Taklimat, Tkt 3. JKR Kuala Muda dan Sik, Sg. Petani.

Tuesday, October 12, 2010

SEBUT HARGA B(P)/10/2010 SK TELOI TUA, SIK

Kontraktor Kelas F yang berdaftar di daerah Sik di bawah Kepala I Sub Kepala 1 adalah dipelawa untuk menyertai sebut harga membina tiang bendera, pentas perhimpunan dan bangsal basikal di Sekolah Kebangsaan Teloi Tua, Sik. Maklumat lanjut sila rujuk notis sebut harga di bawah.

UNTUK KONTRAKTOR BERDAFTAR DI DAERAH SIK SAHAJA



Sunday, October 10, 2010

SEBUT HARGA UNTUK KELAS 'E' PEMBINAAN BANGUNAN ASTAKA DI INTAN WILAYAH UTARA

Kontraktor Bumiputera yang berdaftar dengan PKK dalam Kelas 'E' di bawah Kepala II Sub Kepala 2(a) adalah dipelawa untuk menyertai sebutharga Pembinaan Bangunan Astaka, Gelanggang Sukan dan lain-lain kerja berkaitan dengannya di INTAN Wilayah Utara, Jalan Kuala Ketil, Sungai Petani. Taklimat dan lawatan tapak akan diadakan ditapak berkenaan pada 18.10.2010 Jam 11.00 pagi. Notis sebut harga adalah seperti di bawah:-


Saturday, October 2, 2010

NOTIS PENGASINGAN KAWASAN OPERASI KONTRAKTOR KELAS F



NOTIS PENGASINGAN KAWASAN OPERASI KONTRAKTOR KELAS F

Adalah dimaklumkan bahawa pihak Pusat Khidmat Kontraktor Negeri Kedah (PKK) telah mengeluarkan surat pengesahan mengenai pengasingan kawasan operasi kontraktor Kelas F melalu surat Rujukan (97) dlm. PKK/K/178/756 Klt 2 bartarikh 23 September 2010


Bagi pentadbiran JKR Daerah Kuala Muda dan Sik, semua kerja-kerja sebut harga yang ditawarkan selepas keluarnya surat pengesahan pengasingan kawasan operasi tersebut akan mengguna pakai arahan tersebut. Ini bermakna bagi kerja-kerja di daerah Kuala Muda, hanya kontraktor yang berdaftar di daerah Kuala Muda sahaja yang boleh memasuki tawaran dan bagi kerja-kerja di daerah Sik, hanya kontraktor berdaftar di Daerah Sik sahaja yang boleh memasuki tawaran sebut harga.

TAKLIMAT SEBUT HARGA B/05/2010 DI WOKSYOP JKR SIK PADA 10.10.2010


UNTUK KONTRAKTOR DAERAH SIK SAHAJA


Kontraktor Kelas F Kepala I Sub Kepala 1 yang berdaftar di Daerah Sik sahaja adalah di jemput untuk menyertai sebut harga bagi "Sebutharga kerja-kerja penyenggaraan quarters, setor dan pejabat serta lain-lain yang berkaitan di quarters JKR Batu 10 Jeniang dan JKR Cawangan Sik"


Taklimat sebut harga pada 10.10.2010 jam 10.00 pagi di Woksyop JKR Cawangan Sik.


Monday, September 27, 2010

KONTRAKTOR KELAS F DAERAH SIK SAHAJA. SEBUT HARGA JALAN JN/21/2010 HINGGA JN/24/2010 TAKLIMAT SEBUT HARGA

TAKLIMAT : PEJABAT JKR SIK

TARIKH : 07/10/2010 HARI KHAMIS JAM: 10.00 PAGI

KONTERKTOR KELAS F KEPALA IV SUB KEPALA 3


HANYA UNTUK KONTRAKTOR KELAS F BERDAFTAR
DI DAERAH SIK SAHAJA


SEBUT HARGA NO. JN/21/2010
MEMBAHARU MUKA JALAN DAN LAIN-LAIN KERJA YANG BERKAITAN DENGANNYA DI LALUAN K 153 (JALAN GAJAH PUTIH/KG. KURA), SIK,
KEDAH DARUL AMAN.


SEBUT HARGA NO. JN/22/2010
MEMBAHARU MUKA JALAN DAN LAIN-LAIN KERJA YANG BERKAITAN DENGANNYA DI LALUAN K 155 (JALAN BEGIA/JENERI/KG.BETONG), SIK,
KEDAH DARUL AMAN.


SEBUT HARGA NO. JN/23/2010
MEMBAHARU MUKA JALAN DAN LAIN-LAIN KERJA YANG BERKAITAN DENGANNYA DI LALUAN K 15 (JALAN BATU LIMA/TELOI/PARIT PANJANG), SIK, KEDAH DARUL AMAN.

SEBUT HARGA NO. JN/24/2010
MEMBAHARU MUKA JALAN DAN LAIN-LAIN KERJA YANG BERKAITAN DENGANNYA DI LALUAN K 554 (JALAN KG. BETONG/PAYA TERENDAM) SIK, KEDAH DARUL AMAN.


TAKLIMAT : PEJABAT JKR SIK

TARIKH : 07/10/2010 MASA TAKLIMAT : 10.00 PAGI

KONTERKTOR KELAS F KEPALA IV SUB KEPALA 3


NOTIS PENGASINGAN KAWASAN OPERASI KONTRAKTOR KELAS F

Adalah dimaklumkan bahawa pihak Pusat Khidmat Kontraktor Negeri Kedah (PKK) telah mengeluarkan surat pengesahan mengenai pengasingan kawasan operasi kontraktor Kelas F melalu surat Rujukan (97) dlm. PKK/K/178/756 Klt 2 bartarikh 23 September 2010

Bagi pentadbiran JKR Daerah Kuala Muda dan Sik, semua kerja-kerja sebut harga yang ditawarkan selepas keluarnya surat pengesahan pengasingan kawasan operasi tersebut akan mengguna pakai arahan tersebut. Ini bermakna bagi kerja-kerja di daerah Kuala Muda, hanya kontraktor yang berdaftar di daerah Kuala Muda sahaja yang boleh memasuki tawaran dan bagi kerja-kerja di daerah Sik, hanya kontraktor berdaftar di Daerah Sik sahaja yang boleh memasuki tawaran sebut harga.

Di bawah adalah salinan surat pengesahan pengasingan awasan operasi kontraktor Kelas F.




Sunday, August 1, 2010

SEBUTHARGA JALAN DAN BANGUNAN

Jemputan kepada kontraktor Bumiputera Kelas F Kepala I Sub Kepala 1 dan Kepala IV Sub Kepala 8. Taklimat sebutharga akan diadakan pada 09/8/2010 jam 10.00 pagi di Bilik Taklimat, Tingkat 3, Bnangunan Tunku Abdul Malik, Sg. Petani. Tarikh tutup sebut harga pada 18/8/2010 jam 12.00 tengah hari.


Jemputan kepada kontraktor Bumiputera Kelas F Kepala I Sub Kepala 1 . Taklimat sebutharga akan diadakan pada 09/8/2010 jam 10.00 pagi di Bilik Taklimat, Tingkat 3, Bnangunan Tunku Abdul Malik, Sg. Petani. Tarikh tutup sebut harga pada 18/8/2010 jam 12.00 tengah hari.


Jemputan kepada kontraktor Bumiputera Kelas F Kepala II Sub Kepala 2(a) dan Kepala IV Sub Kepala 6(a). Taklimat dan lawatan tapak 10/8/2010 di SMK Jeneri, Sik jam 10.00 pagi. Tarikh tutup sebut harga 22/8/2010 jam 12.00 tengah hari.


Wednesday, July 28, 2010

SEBUT HARGA JALAN DAERAH SIK

Kontraktor Bumiputera Kelas F Kepala IV Sub Kepala 8. Taklimat dan lawatan tapak 05/8/2010 di JKR Sik jam 10.00 pagi. Tarikh tutup sebut harga 18/8/2010 Jam 12.00 tengah hari.

Tuesday, July 27, 2010

SEBUT HARGA PENYENGGARAAN BANGUNAN


Kontraktor Bumiputera Kelas F Kepala I Sub Kepala 1. Taklimat dan lawatan tapak 04/8/2010 Jam 10.00 pagi di Sek.Keb. Ibrahim, Sg. Petani. Tarikh tutup sebut harga 12/8/2010
jam 12.00 tengah hari.



Kontraktor Bumiputera Kelas F Kepala I Sub Kepala 1 atau Kepala II Sub Kepala 8(b). Taklimat dan lawatan tapak 05/8/2010 di JKR Sik jam 10.00 pagi. Tarikh tutup sebut harga 18/8/2010.

Wednesday, June 30, 2010

SEBUTHARGA MEMBEKAL DAN MEMASANG PERABUT SEKOLAH

Kontraktor Bumiputera yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan di bawah Kepala 020101 (Perabut) dijemput menyertai sebutharga membekal dan memasang perabut di SK Sungai Petani, Daerah Kuala Muda. Yang berminat sila hadir taklimat pada 07.07.2010 jam 11.00 pagi di Bilik Taklimat JKR Kuala Muda, Tkt. 3, Bangunan Tunku Abdul Malik, Sg. Petani. Maklumat lanjut sila rujuk notis iklan di bawah.


Saturday, May 22, 2010

KEPUTUSAN SEBUTHARGA DAN KERJA UNDI

TAHNIAH kepada semua pemborong yang berjaya dalam sebut harga yang telah dikeluarkan. Kepada yang tidak berjaya, jangan putus asa, cuba lagi di lain sebut harga dan kerja undi mudah mudahan di murahkan rezeki, insyaAllah berjaya.

Sebut Harga JN/12/2010

Menggantikan pembetung paip bertetulang dan kerja-kerja berkaitan dengannya di hadapan SMK Jeneri, Sik, Negeri Kedah Darul Aman.

Pemborong yang berjaya

Ras One Engineering


Sebut Harga JP/02/2010

Kerja-kerja mengawal hakisan cerun serta yang berkaitan dengannya di Seksyen 11.0 hingga 13.0 Laluan FT 225 Jalan Lencongan Timur, Daerah Kuala Muda di Negeri Kedah Darul Aman.

Pemborong yang berjaya


Gamelan Ria Enterprise


Sebut Harga KT/03/2010

Pelupusan aset alih kerajaan - Toyota Land Cruiser WAD 6992

Pemborong yang berjaya

V. Subramaniam


KERJA UNDI TAHUN 2010 Siri 1 - PROJEK JALAN KAMPUNG (PJK)

Menaiktaraf jalan mini tar di dalam Kampung Berapit, Pantai Merdeka.

Pemborong yang berjaya

Jalan Azmi Murat . . . .Sri Nadiya Enterprise.
Jalan Mak Enon . . . . . Isma Bakti Enterprise
Jalan Nazrul . . . . . . . IMS Jaya Trading
Jalan Mahadzir . . . . . ZNZ Unique Enterprise

Monday, May 10, 2010

CABUTAN UNDI KERJA JALAN SIRI 1/2010


Kontraktor2 Bumiputera Kelas F yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) di bawah Kepala IV Sub Kepala 3(b) dan Lambaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) di Daerah Kuala Muda dan Sik adalah dipelawa untuk menyertai cabutan undi bagi kerja-kerja Projek Jalan Kampung. Sebanyak empat kerja akan dikeluarkan.Kontraktor diwajibkan membawa salinan asal Sijil Pendaftaran Kontraktor (PKK) dan CIDB serta Kad Pengenalan semasa pendaftaran kehadiran.

Urusan pendaftaran kehadiran akan dijalankan pada 18.5.2010 (Selasa) bermula Jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 10.30 pagi diikuti dengan undian pada jam 10.45 pagi di Bilik Taklimat JKR, Tingkat 3, Bangunan Tunku Abdul Malik, Sungai Petani, Kedah Darul Aman.
Kontraktor yang telah berjaya dalam sebutharga kerja dan perkhidmatan JKR Daerah Kuala dan Sik tahun 2010 tidak dibenarkan menyertai undian. Notis sebutharga dan senarai kerja yang akan diundi adalah seperti dibawah.


Wednesday, May 5, 2010

TAKLIMAT DAN LAWATAN TAPAK PADA 17.5.2010

Kontraktor2 bumiputera Kelas F dan kontraktor bumiputera berdaftar dengan Kementerian Kewangan dijemput menyertai sebutharga jalan Daerah Sik. Taklimat dan lawatan tapak akan diadakan di pejabat JKR Sik pada 17.5.2010 dan tarikh tutup sebut harga ialah pada 24.5.2010.

Sebut harga JN/13/2010 adalah untuk Kontraktor Bumiputera yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan di bawah Kepala 140200 Peralatan Keselamatan Jalan Raya

Sebutharga JN/13/2010


Sebut harga JN/14/2010 adalah untuk Kontraktor Bumiputera Kelas F Kepala IV Sub Kepala 3(c) Kerja-kerja Membuat Isyarat Jalan dan Mengecat Jalan.

Sebutharga JN/14/2010


Sebut harga JN/15/2010 adalah untuk Kontraktor Bumiputera Kelas F Kepala IV Sub Kepala 3(d) Kerja-kerja Membuat Pengadang Susur, Sawar, Penanda Batu dan kerja yang lain untuk jalan

Sebutharga JN/15/2010

Sunday, May 2, 2010

SEBUT HARGA UNTUK KONTRAKTOR KELAS E

Dua sebutharga di bawah Bahagian Jalan JKR Kuala Muda untuk kontraktor-kontraktor Bumiputera Kelas E yang berdaftar dengan PKK di bawah Kepala I Sub Kepala 1 , 7(a) telah dikeluarkan.

Taklimat akan diadakan pada 16.5.2010 jam 10.00 pagi di Bilik Taklimat JKR, Tingkat 3, Bangunan Tunku Abdul Malik, Sungai Petani. Lawatan tapak akan diadakan selepas taklimat. Kehadiran taklimat dan lawatan tapak diwajibkan.
Dokumen meja tawaran boleh disemak dan dokumen sebutharga boleh didapatkan selepas lawatan tapak dari 16.5.2010 hingga 19.6.2010

TARIKH TUTUP sebut harga ialah Ahad 23.5.2010 jam 12.00 tengah hari.

SALINAN NOTIS SEBUTHARGA ADALAH SEPERTI DI BAWAH........


Sebutharga No. JP/03/2010

Sebutharga No. JP/04/2010

Tuesday, April 27, 2010

TAHNIAH KEPADA PENYEBUT HARGA YANG BERJAYA

TAHNIAH kepada semua pemborong yang berjaya dalam sebut harga yang telah dikeluarkan. Kepada yang tidak berjaya, jangan putus asa, cuba lagi di lain sebut harga mudah mudahan di murahkan rezeki, insyaAllah berjaya.

Sebut Harga JN/01/2010 hingga JN/08/2010

Kerja-kerja memotong rumput dan semak samun di kawasan bahu jalan di sepanjang jalan-jalan negeri di Negeri Kedah Darul Aman untuk tempoh satu tahun bagi Daerah Kuala Muda.

Pemborong yang berjaya

Pakej 1 . . . . Ria Setia Enterprise
Pakej 2 . . . . MMJ Enterprise
Pakej 3 . . . . Kejora Utama Enterprise
Pakej 4 . . . . MAB Gemilang Enterprise
Pakej 5 . . . . Pantai Perai Enterprise
Pakej 6 . . . . Zurima Jaya Enterprise
Pakej 7 . . . . Jisnizumi Ventures
Pakej 8 . . . . OBS Utama Enterprise


Sebut Harga JN/09/2010 hingga JN/11/2010

Kerja-kerja memotong rumput dan semak samun di kawasan bahu jalan di sepanjang jalan-jalan negeri di Negeri Kedah Darul Aman untuk tempoh satu tahun bagi Daerah Sik.

Pemborong yang berjaya


Pakej 1 . . . . Dinamik Ceria Enterprise
Pakej 2 . . . . SL Anot Enterprise
Pakej 3 . . . . Jaringan Padu Enterprise


Sebut Harga JP/01/2010

Kerja-kerja memotong rumput dan semak samun di kawasan bahu jalan di sepanjang jalan Sungai Petani - Kuala Ketil (FT 067) untuk tempoh satu (1) tahun 2010 bagi Daerah Kuala Muda, Kedah Darul Aman.

Pemborong yang berjaya

SS Sabina Enterprise


Sebut Harga B/01/2010

Memasang pagar penghadang bola dan pintu pagar sisi di padang Sekolah Kebangsaan Bedong, Kedah Darul Aman.

Pemborong yang berjaya

Tunas Semeling Enterprise


Sebut Harga B(P)/02/2010

Membeli serta meroboh dan memindah keluar bangunan JKR 572 & 573 (Kuarters Guru Berkembar) di Sekolah Kebangsaan Sri Dusun, Sik, Kedah Darul Aman.

Pemborong yang berjaya

Guza Wira Enterprise



Tuesday, April 20, 2010

SEBUTHARGA PELUPUSAN TOYOTA LAND CRUISER 4WD

Adakah anda seorang peminat aktiviti lasak 4WD atau memerlukan sebuah kenderaan pacuan empat roda untuk kegunaan kerja berat anda. Jabatan ini sedang memanggil sebutharga dari mana mana individu persendirian atau syarikat untuk menyebutharga bagi tujuan pelupusan sebuah kenderaan 4WD jenis TOYOTA LAND CRUISER enjin diesel keluaran tahun 80an dengan nombor pendaftaran WAD 6992. Notis dan syarat sebutharga adalah seperti di bawah.












Followers

Blog Archive