Saturday, May 22, 2010

KEPUTUSAN SEBUTHARGA DAN KERJA UNDI

TAHNIAH kepada semua pemborong yang berjaya dalam sebut harga yang telah dikeluarkan. Kepada yang tidak berjaya, jangan putus asa, cuba lagi di lain sebut harga dan kerja undi mudah mudahan di murahkan rezeki, insyaAllah berjaya.

Sebut Harga JN/12/2010

Menggantikan pembetung paip bertetulang dan kerja-kerja berkaitan dengannya di hadapan SMK Jeneri, Sik, Negeri Kedah Darul Aman.

Pemborong yang berjaya

Ras One Engineering


Sebut Harga JP/02/2010

Kerja-kerja mengawal hakisan cerun serta yang berkaitan dengannya di Seksyen 11.0 hingga 13.0 Laluan FT 225 Jalan Lencongan Timur, Daerah Kuala Muda di Negeri Kedah Darul Aman.

Pemborong yang berjaya


Gamelan Ria Enterprise


Sebut Harga KT/03/2010

Pelupusan aset alih kerajaan - Toyota Land Cruiser WAD 6992

Pemborong yang berjaya

V. Subramaniam


KERJA UNDI TAHUN 2010 Siri 1 - PROJEK JALAN KAMPUNG (PJK)

Menaiktaraf jalan mini tar di dalam Kampung Berapit, Pantai Merdeka.

Pemborong yang berjaya

Jalan Azmi Murat . . . .Sri Nadiya Enterprise.
Jalan Mak Enon . . . . . Isma Bakti Enterprise
Jalan Nazrul . . . . . . . IMS Jaya Trading
Jalan Mahadzir . . . . . ZNZ Unique Enterprise

Monday, May 10, 2010

CABUTAN UNDI KERJA JALAN SIRI 1/2010


Kontraktor2 Bumiputera Kelas F yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) di bawah Kepala IV Sub Kepala 3(b) dan Lambaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) di Daerah Kuala Muda dan Sik adalah dipelawa untuk menyertai cabutan undi bagi kerja-kerja Projek Jalan Kampung. Sebanyak empat kerja akan dikeluarkan.Kontraktor diwajibkan membawa salinan asal Sijil Pendaftaran Kontraktor (PKK) dan CIDB serta Kad Pengenalan semasa pendaftaran kehadiran.

Urusan pendaftaran kehadiran akan dijalankan pada 18.5.2010 (Selasa) bermula Jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 10.30 pagi diikuti dengan undian pada jam 10.45 pagi di Bilik Taklimat JKR, Tingkat 3, Bangunan Tunku Abdul Malik, Sungai Petani, Kedah Darul Aman.
Kontraktor yang telah berjaya dalam sebutharga kerja dan perkhidmatan JKR Daerah Kuala dan Sik tahun 2010 tidak dibenarkan menyertai undian. Notis sebutharga dan senarai kerja yang akan diundi adalah seperti dibawah.


Wednesday, May 5, 2010

TAKLIMAT DAN LAWATAN TAPAK PADA 17.5.2010

Kontraktor2 bumiputera Kelas F dan kontraktor bumiputera berdaftar dengan Kementerian Kewangan dijemput menyertai sebutharga jalan Daerah Sik. Taklimat dan lawatan tapak akan diadakan di pejabat JKR Sik pada 17.5.2010 dan tarikh tutup sebut harga ialah pada 24.5.2010.

Sebut harga JN/13/2010 adalah untuk Kontraktor Bumiputera yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan di bawah Kepala 140200 Peralatan Keselamatan Jalan Raya

Sebutharga JN/13/2010


Sebut harga JN/14/2010 adalah untuk Kontraktor Bumiputera Kelas F Kepala IV Sub Kepala 3(c) Kerja-kerja Membuat Isyarat Jalan dan Mengecat Jalan.

Sebutharga JN/14/2010


Sebut harga JN/15/2010 adalah untuk Kontraktor Bumiputera Kelas F Kepala IV Sub Kepala 3(d) Kerja-kerja Membuat Pengadang Susur, Sawar, Penanda Batu dan kerja yang lain untuk jalan

Sebutharga JN/15/2010

Sunday, May 2, 2010

SEBUT HARGA UNTUK KONTRAKTOR KELAS E

Dua sebutharga di bawah Bahagian Jalan JKR Kuala Muda untuk kontraktor-kontraktor Bumiputera Kelas E yang berdaftar dengan PKK di bawah Kepala I Sub Kepala 1 , 7(a) telah dikeluarkan.

Taklimat akan diadakan pada 16.5.2010 jam 10.00 pagi di Bilik Taklimat JKR, Tingkat 3, Bangunan Tunku Abdul Malik, Sungai Petani. Lawatan tapak akan diadakan selepas taklimat. Kehadiran taklimat dan lawatan tapak diwajibkan.
Dokumen meja tawaran boleh disemak dan dokumen sebutharga boleh didapatkan selepas lawatan tapak dari 16.5.2010 hingga 19.6.2010

TARIKH TUTUP sebut harga ialah Ahad 23.5.2010 jam 12.00 tengah hari.

SALINAN NOTIS SEBUTHARGA ADALAH SEPERTI DI BAWAH........


Sebutharga No. JP/03/2010

Sebutharga No. JP/04/2010

Followers