Tuesday, April 27, 2010

TAHNIAH KEPADA PENYEBUT HARGA YANG BERJAYA

TAHNIAH kepada semua pemborong yang berjaya dalam sebut harga yang telah dikeluarkan. Kepada yang tidak berjaya, jangan putus asa, cuba lagi di lain sebut harga mudah mudahan di murahkan rezeki, insyaAllah berjaya.

Sebut Harga JN/01/2010 hingga JN/08/2010

Kerja-kerja memotong rumput dan semak samun di kawasan bahu jalan di sepanjang jalan-jalan negeri di Negeri Kedah Darul Aman untuk tempoh satu tahun bagi Daerah Kuala Muda.

Pemborong yang berjaya

Pakej 1 . . . . Ria Setia Enterprise
Pakej 2 . . . . MMJ Enterprise
Pakej 3 . . . . Kejora Utama Enterprise
Pakej 4 . . . . MAB Gemilang Enterprise
Pakej 5 . . . . Pantai Perai Enterprise
Pakej 6 . . . . Zurima Jaya Enterprise
Pakej 7 . . . . Jisnizumi Ventures
Pakej 8 . . . . OBS Utama Enterprise


Sebut Harga JN/09/2010 hingga JN/11/2010

Kerja-kerja memotong rumput dan semak samun di kawasan bahu jalan di sepanjang jalan-jalan negeri di Negeri Kedah Darul Aman untuk tempoh satu tahun bagi Daerah Sik.

Pemborong yang berjaya


Pakej 1 . . . . Dinamik Ceria Enterprise
Pakej 2 . . . . SL Anot Enterprise
Pakej 3 . . . . Jaringan Padu Enterprise


Sebut Harga JP/01/2010

Kerja-kerja memotong rumput dan semak samun di kawasan bahu jalan di sepanjang jalan Sungai Petani - Kuala Ketil (FT 067) untuk tempoh satu (1) tahun 2010 bagi Daerah Kuala Muda, Kedah Darul Aman.

Pemborong yang berjaya

SS Sabina Enterprise


Sebut Harga B/01/2010

Memasang pagar penghadang bola dan pintu pagar sisi di padang Sekolah Kebangsaan Bedong, Kedah Darul Aman.

Pemborong yang berjaya

Tunas Semeling Enterprise


Sebut Harga B(P)/02/2010

Membeli serta meroboh dan memindah keluar bangunan JKR 572 & 573 (Kuarters Guru Berkembar) di Sekolah Kebangsaan Sri Dusun, Sik, Kedah Darul Aman.

Pemborong yang berjaya

Guza Wira Enterprise



Tuesday, April 20, 2010

SEBUTHARGA PELUPUSAN TOYOTA LAND CRUISER 4WD

Adakah anda seorang peminat aktiviti lasak 4WD atau memerlukan sebuah kenderaan pacuan empat roda untuk kegunaan kerja berat anda. Jabatan ini sedang memanggil sebutharga dari mana mana individu persendirian atau syarikat untuk menyebutharga bagi tujuan pelupusan sebuah kenderaan 4WD jenis TOYOTA LAND CRUISER enjin diesel keluaran tahun 80an dengan nombor pendaftaran WAD 6992. Notis dan syarat sebutharga adalah seperti di bawah.












Thursday, April 8, 2010

KERJA MENGAWAL HAKISAN CERUN DI JALAN LENCONGAN TIMOR


Kontraktor Bumiputera Kelas F yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor di bawah Kepala I Sub Kepala 1 di Daerah Kuala Muda dan Sik adalah dipelawa untuk menyertai sebut harga bagi kerja-kerja pengawalan hakisan cerun di jalan Lencongan Timor sepertimana notis sebut harga di bawah.

Kontraktor diwajibkan hadir ke Taklimat Sebut Harga yang akan diadakan pada 18.4.2010 (Ahad) Jam 10.00 pagi di Bilik Taklimat JKR, Tingkat 3, Bangunan Tunku Abdul Malik, Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

Wednesday, April 7, 2010

LAWATAN TAPAK KERJA JALAN PADA 19.4.2010


Kontraktor2 Bumiputera Kelas F di bawah Kepala IV Sub Kepala 3b yang berdaftar di Daerah Sik dan Kuala Muda adalah dipelawa untuk menyertai sebut harga kerja jalan di hadapan SMK Jeneri, Sik. Lawatan tapak adalah diwajibkan pada 19.4.2010 jam 10.00 pagi di hadapan SMK Jeneri, Sik sepertimana notis sebutharga di bawah......

Dokumen sebut harga boleh di dapati dari Bahagian Kontrak JKR Kuala Muda dan Sik, Sungai Petani dari 19.4.2010(Isnin) hingga 21.4.2010(Rabu) dan dari 25.4.2010(Ahad) hingga 26.4.2010.(Isnin)

Tarikh tutup : 27.4.2010(Selasa) Jam 12.00 tengah hari.


Tuesday, April 6, 2010

LAWATAN TAPAK PADA 14.4.2010

Kepada semua kontraktor bumiputera Kelas F dibawah Kepala I Sub Kepala 1 di Daerah Kuala Muda dan Sik dipelawa untuk menyertai sebutharga membeli dan meroboh serta melupuskan dua buah kuarters guru di SK Sri Dusun, Sik. sepertimana notis sebutharga di bawah.....

PERHATIAN....

...Mulai sekarang dokumen sebut harga tidak lagi di jual pada hari KHAMIS....

Followers