Sebanyak 8 sebutharga baru untuk kerja-kerja memotong rumput dan membersih kawasan bahu jalan-jalan negeri di Daerah Kuala Muda bagi tahun 2010. Dibahagikan kepada lapan pakej iaitu Pakej 1 hingga Pakej 8 dibuka kepada semua kontraktor bumiputera yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan dibawah Kepala 220402. Taklimat sebutharga akan diadakan pada hari Selasa 23hb. Februari 2010 jam 10.00 pagi di Bilik Taklimat JKR, Tingkat 3, Bangunan Tunku Abdul Malik, Sungai Petani. Kehadiran taklimat adalah diwajibkan. Salinan asal AKUAN PENDAFTARAN KONTRAKTOR dan AKUAN PENDAFTARAN KONTRAKTOR BUMIPUTERA, KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA perlu dikemukakan semasa membeli dokumen sebutharga.
Thursday, February 11, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.