Monday, September 27, 2010

NOTIS PENGASINGAN KAWASAN OPERASI KONTRAKTOR KELAS F

Adalah dimaklumkan bahawa pihak Pusat Khidmat Kontraktor Negeri Kedah (PKK) telah mengeluarkan surat pengesahan mengenai pengasingan kawasan operasi kontraktor Kelas F melalu surat Rujukan (97) dlm. PKK/K/178/756 Klt 2 bartarikh 23 September 2010

Bagi pentadbiran JKR Daerah Kuala Muda dan Sik, semua kerja-kerja sebut harga yang ditawarkan selepas keluarnya surat pengesahan pengasingan kawasan operasi tersebut akan mengguna pakai arahan tersebut. Ini bermakna bagi kerja-kerja di daerah Kuala Muda, hanya kontraktor yang berdaftar di daerah Kuala Muda sahaja yang boleh memasuki tawaran dan bagi kerja-kerja di daerah Sik, hanya kontraktor berdaftar di Daerah Sik sahaja yang boleh memasuki tawaran sebut harga.

Di bawah adalah salinan surat pengesahan pengasingan awasan operasi kontraktor Kelas F.




No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Followers