Wednesday, February 29, 2012

NOTIS PENGGANTUNGAN SEMENTARA LAMAN INI

Adalah dimaklumkan bahawa penyiaran notis iklan sebut harga di laman ini dihentikan mulai 01/03/2012 sehingga suatu masa yang tidak ditetapkan. Diharap pengunjung setia laman ini merujuk kepada notis iklan sebut harga yang dipamerkan di papan kenyataan untuk melihat notis sebut harga terbaru. Maaf di atas kesulitan yang dihadapi oleh pengunjung setia laman ini.

Monday, February 20, 2012

SEBUT HARGA BEKALAN BATU BAUR GRANIT (CRUSHER RUN) JN/14/2012


Kontraktor yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia bertaraf Bumiputera di bawah Kod Bidang 140100 adalah di pelawa menyertai sebut harga bekalan batu baur (crusher run) granit. Taklimat sebut harga pada 28.02.2012 Hari Selasa Jam 10.00 pagi di Bilik Taklimat JKR Sungai Petani, Tingkat 3, Bangunan Tunku Abdul Malik, Kompleks Pentadbiran Daerah Kuala Muda, Sungai Petani. Kehadiran taklimat sebut harga adalah diwajibkan.

Tuesday, February 14, 2012

SEBUT HARGA MENURAP JALAN NO. JN/13/2012 BAGI KELAS 'E'

Terbuka kepada semua kontraktor Kelas 'E' Kepala IV/3b beralamat di Negeri Kedah sahaja. Taklimat akan diadakan pada 22/2/2012 (Hari Rabu) jam 10.00 pagi di Bilik Taklimat JKR, Tingkat 3, Bangunan Tunku Abdul Malik, Sungai Petani. Kehadiran taklimat adalah diwajibkan.

Borang sebutharga tidak dijual pada setiap hari KHAMIS.


Monday, February 6, 2012

SEBUTHARGA MEMOTONG RUMPUT JALAN NEGERI DAERAH KUALA MUDA NO. JN/04/2012 HINGGA JN/12/2012

Kontraktor2 yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah kepala 220402 bertaraf Bumiputera dan yang masih dibenarkan membuat kerja2 sebut harga adalah dipelawa untuk menyertai sebut harga :-

SEBUT HARGA NO. 04/2012, JN/05/2012, JN/06/2012, JN/07/2012, JN/08/2012, JN/09/2012, JN/10/2012, JN/11/2012 DAN JN/12/2012

Kerja-kerja Memotong Rumput Dan Semak Samun Di Kawasan Bahu Jalan Di Sepanjang Jalan-jalan Negeri Di Negeri Kedah Darul Aman Untuk Tahun 2012 Bagi Daerah Kuala Muda ( Pakej 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8 dan 9 )

Taklimat sebut harga akan diadakan pada Selasa 14 Februari 2012 Jam 10.00 pagi di Bilik Taklimat JKR Sungai Petani, Tingkat 3, Bangunan Tunku Abdul Malik. Kehadiran adalah diwajibkan.

Dokumen tawaran sebut harga hanya akan dikeluarkan kepada pemborong yang hadir taklimat sebut harga dan membawa sijil pendaftaran asal Akuan Pendaftaran Kontraktor Dan Akuan Pendaftran Kontraktor Bumiputera, Kementerian Kewangan Malaysia.

Dokumen sebut harga boleh diperolehi di Bahagian Kontrak JKR Kuala Muda, Sungai Petani pada 14,15, 19 dan 20.02.2012. Dokumen sebut harga tidak dikeluarkan pada hari Khamis dan cuti mingguan.

Tarikh tutup sebut harga ialah pada hari Selasa 21.02.2012 Jam 12.00 tengah hari.

Followers