Kontraktor2 yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah kepala 220402 bertaraf Bumiputera dan yang masih dibenarkan membuat kerja2 sebut harga adalah dipelawa untuk menyertai sebut harga :-
SEBUT HARGA NO. 04/2012, JN/05/2012, JN/06/2012, JN/07/2012, JN/08/2012, JN/09/2012, JN/10/2012, JN/11/2012 DAN JN/12/2012
Kerja-kerja Memotong Rumput Dan Semak Samun Di Kawasan Bahu Jalan Di Sepanjang Jalan-jalan Negeri Di Negeri Kedah Darul Aman Untuk Tahun 2012 Bagi Daerah Kuala Muda ( Pakej 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8 dan 9 )
Taklimat sebut harga akan diadakan pada Selasa 14 Februari 2012 Jam 10.00 pagi di Bilik Taklimat JKR Sungai Petani, Tingkat 3, Bangunan Tunku Abdul Malik. Kehadiran adalah diwajibkan.
Dokumen tawaran sebut harga hanya akan dikeluarkan kepada pemborong yang hadir taklimat sebut harga dan membawa sijil pendaftaran asal Akuan Pendaftaran Kontraktor Dan Akuan Pendaftran Kontraktor Bumiputera, Kementerian Kewangan Malaysia.
Dokumen sebut harga boleh diperolehi di Bahagian Kontrak JKR Kuala Muda, Sungai Petani pada 14,15, 19 dan 20.02.2012. Dokumen sebut harga tidak dikeluarkan pada hari Khamis dan cuti mingguan.
Tarikh tutup sebut harga ialah pada hari Selasa 21.02.2012 Jam 12.00 tengah hari.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.