Sebanyak 8 sebutharga baru untuk kerja-kerja memotong rumput dan membersih kawasan bahu jalan-jalan negeri di Daerah Kuala Muda bagi tahun 2010. Dibahagikan kepada lapan pakej iaitu Pakej 1 hingga Pakej 8 dibuka kepada semua kontraktor bumiputera yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan dibawah Kepala 220402. Taklimat sebutharga akan diadakan pada hari Selasa 23hb. Februari 2010 jam 10.00 pagi di Bilik Taklimat JKR, Tingkat 3, Bangunan Tunku Abdul Malik, Sungai Petani. Kehadiran taklimat adalah diwajibkan. Salinan asal AKUAN PENDAFTARAN KONTRAKTOR dan AKUAN PENDAFTARAN KONTRAKTOR BUMIPUTERA, KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA perlu dikemukakan semasa membeli dokumen sebutharga.

Thursday, February 11, 2010
Monday, January 25, 2010
PENAMBAHBAIKAN DALAM URUSAN KERJA-KERJA UNDI
Rasanya masih belum terlambat untuk penulis mengucapkan selamat tahun baru 2010, dengan harapan semoga pada tahun ini semua aktiviti kerja-kerja kontrak berjalan dengan lancar tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. Kami di bahagian kontrak sentiasa akan menjalankan tugas dengan penuh amanah, dedikasi dan adil. Kami di sini tidak mempunyai apa apa kepentingan diri dalam semua urusan berkaitan kerja kerja kontrak.
Untuk tahun ini beberapa penambahbaikan telah difikirkan dan salah satu penambahbaikan yang akan dilaksanakan ialah berkaitan proses pelaksanaan kerja kerja undi sekiranya ada. Apa yang telah dilakukan dulu rasanya telah elok, tetapi bila difikir-fikirkan masih belum memberi keadilan kepada semua kontraktor yang hadir untuk mengambil bahagian.
Jadi pada tahun ini sekiranya ada kerja undi, suatu perubahan telah difikirkan iaitu kita tidak memanggil kontraktor untuk mencabut undi mengikut turutan dalam senarai daftar kehadiran. Sebuah peti undi tambahan akan diadakan untuk menempatkan bola ping pong bernombor sama banyak dengan bilangan kontraktor yang hadir mendaftar diri. Ini menjadikan peti undi berisi bola ping pong akan menjadi dua buah iaitu peti pertama dan peti kedua. Proses memasukkan bola ping pong ke dalam kedua dua buah peti undi akan disaksikan oleh wakil wakil kontraktor, dan wakil kontraktor juga diberi peluang untuk mencabut sekali sebiji bola ping pong bernombor di dalam peti pertama. Jadi nombor yang tertera pada bola ping pong yang dicabut dari peti pertama akan di semak dalam daftar kehadiran untuk menentukan kontraktor yang akan dipanggil untuk mencabut undi dalam peti undi kedua.
Antara tujuan dibuat penambahbaikan ini ialah untuk memberikan lebih keadilan kepada kontraktor, jika sebelum ini cabutan undi berdasarkan senarai daftar kehadiran. Cara lama memberi kelebihan kepada kontraktor yang hadir awal kerana lebih berpeluang berbanding dengan yang hadir kemudian kerana nama ada di bawah. Dengan cara baru ini diharapkan yang benar benar bernasib baik saja yang mendapat kerja, tidak kerana hadir awal lebih bernasib baik dari yang hadir kemudian. Sekiranya ada sebarang komen atau cadangan silalah beri atau emel kepada penulis di alamat jkrkms@gmail.com

Sunday, November 15, 2009
NOTIS SEBUTHARGA KERJA MENCUCI PEJABAT2 BANGUNAN TUNKU ABDUL MALIK
Satu sebutharga bagi kerja mencuci pejabat-pejabat di Bangunan Tunku Abdul Malik, Sungai Petani bagi tahun 2010 akan dibuka kepada semua kontraktor bumiputra yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah kepala dan sub kepala sepertimana tercatat di notis sebutharga di papan kenyataan Bahagian Kontrak, JKR Kuala Muda Dan Sik. Taklimat sebutharga akan diadakan pada hari Ahad 22hb. November 2009 di Bilik Taklimat JKR, Tingkat 3, Bangunan Tunku Abdul Malik, Sungai Petani. Tarikh tutup sebutharga pada 26hb. November 2009.

Tuesday, November 3, 2009
NOTIS SEBUTHARGA KELAS 'F' TAKLIMAT PADA 9.11.2009 (Isnin)
Tuesday, October 20, 2009
Wednesday, October 14, 2009
NOTIS SEBUTHARGA KELAS 'F' LAWATAN TAPAK PADA 21.10.2009 (Rabu)
Tuesday, October 13, 2009
NOTIS SEBUTHARGA KELAS 'F' LAWATAN TAPAK PADA 20.10.2009 (Selasa)
Sunday, September 6, 2009
NOTIS SEBUTHARGA KELAS 'F' TAKLIMAT PADA 13.9.2009
Thursday, September 3, 2009
NOTIS SEBUTHARGA KELAS ' E ' LAWATAN TAPAK 10.9.2009
Tuesday, September 1, 2009
NOTIS SEBUTHARGA JKR - DAERAH SIK
1. Sebutharga JKR Kuala Muda Dan Sik No. B/04/2009
Kerja-kerja pemasangan grill, garaj kereta dan yang berkaitan di Kuarters Baru Klinik Desa Kampong Belantik, Sik, Kedah Darul Aman. Lawatan tapak pada 08.9.2009
2. Sebutharga JKR Kuala Muda Dan Sik No. B/05/2009
Kerja-kerja pemasangan grill, garaj kereta dan yang berkaitan di Kuarters Baru Klinik Desa Hujung Bandar, Sik, Kedah Darul Aman. Lawatan tapak pada 09.9.2009
3. Sebutharga KEDA
Cadangan menaik taraf bekalan elektrik di Pusat Herba (KEDA) Di Charuk Tualang, Sik,
Kedah.

Thursday, August 13, 2009
SALAM SEJAHTERA DAN SELAMAT DATANG
Salam sejahtera dan selamat datang kepada semua yang dapat mengakses ke laman blog ini, semoga dengan adanya ruangan ini dapat memberikan manfaat kepada semua ke arah meningkatkan kualiti perkhidmatan JKR Kuala Muda dan Sik. Sekiranya ada apa-apa persoalan ataupun inginkan maklumat lanjut mahupun cadangan sila email di alamat jkrkms@gmail.com semoga ianya akan dapat menambahbaik lagi ruangan ini. Notis sebutharga dan tender yang mendatang akan dipaparkan di ruangan ini selain di papan kenyataan untuk memberi kemudahan kepada semua yang berminat dan mempunyai kemudahan akses ke internet.
Subscribe to:
Comments (Atom)