Tuesday, April 27, 2010

TAHNIAH KEPADA PENYEBUT HARGA YANG BERJAYA

TAHNIAH kepada semua pemborong yang berjaya dalam sebut harga yang telah dikeluarkan. Kepada yang tidak berjaya, jangan putus asa, cuba lagi di lain sebut harga mudah mudahan di murahkan rezeki, insyaAllah berjaya.

Sebut Harga JN/01/2010 hingga JN/08/2010

Kerja-kerja memotong rumput dan semak samun di kawasan bahu jalan di sepanjang jalan-jalan negeri di Negeri Kedah Darul Aman untuk tempoh satu tahun bagi Daerah Kuala Muda.

Pemborong yang berjaya

Pakej 1 . . . . Ria Setia Enterprise
Pakej 2 . . . . MMJ Enterprise
Pakej 3 . . . . Kejora Utama Enterprise
Pakej 4 . . . . MAB Gemilang Enterprise
Pakej 5 . . . . Pantai Perai Enterprise
Pakej 6 . . . . Zurima Jaya Enterprise
Pakej 7 . . . . Jisnizumi Ventures
Pakej 8 . . . . OBS Utama Enterprise


Sebut Harga JN/09/2010 hingga JN/11/2010

Kerja-kerja memotong rumput dan semak samun di kawasan bahu jalan di sepanjang jalan-jalan negeri di Negeri Kedah Darul Aman untuk tempoh satu tahun bagi Daerah Sik.

Pemborong yang berjaya


Pakej 1 . . . . Dinamik Ceria Enterprise
Pakej 2 . . . . SL Anot Enterprise
Pakej 3 . . . . Jaringan Padu Enterprise


Sebut Harga JP/01/2010

Kerja-kerja memotong rumput dan semak samun di kawasan bahu jalan di sepanjang jalan Sungai Petani - Kuala Ketil (FT 067) untuk tempoh satu (1) tahun 2010 bagi Daerah Kuala Muda, Kedah Darul Aman.

Pemborong yang berjaya

SS Sabina Enterprise


Sebut Harga B/01/2010

Memasang pagar penghadang bola dan pintu pagar sisi di padang Sekolah Kebangsaan Bedong, Kedah Darul Aman.

Pemborong yang berjaya

Tunas Semeling Enterprise


Sebut Harga B(P)/02/2010

Membeli serta meroboh dan memindah keluar bangunan JKR 572 & 573 (Kuarters Guru Berkembar) di Sekolah Kebangsaan Sri Dusun, Sik, Kedah Darul Aman.

Pemborong yang berjaya

Guza Wira Enterprise



Tuesday, April 20, 2010

SEBUTHARGA PELUPUSAN TOYOTA LAND CRUISER 4WD

Adakah anda seorang peminat aktiviti lasak 4WD atau memerlukan sebuah kenderaan pacuan empat roda untuk kegunaan kerja berat anda. Jabatan ini sedang memanggil sebutharga dari mana mana individu persendirian atau syarikat untuk menyebutharga bagi tujuan pelupusan sebuah kenderaan 4WD jenis TOYOTA LAND CRUISER enjin diesel keluaran tahun 80an dengan nombor pendaftaran WAD 6992. Notis dan syarat sebutharga adalah seperti di bawah.












Thursday, April 8, 2010

KERJA MENGAWAL HAKISAN CERUN DI JALAN LENCONGAN TIMOR


Kontraktor Bumiputera Kelas F yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor di bawah Kepala I Sub Kepala 1 di Daerah Kuala Muda dan Sik adalah dipelawa untuk menyertai sebut harga bagi kerja-kerja pengawalan hakisan cerun di jalan Lencongan Timor sepertimana notis sebut harga di bawah.

Kontraktor diwajibkan hadir ke Taklimat Sebut Harga yang akan diadakan pada 18.4.2010 (Ahad) Jam 10.00 pagi di Bilik Taklimat JKR, Tingkat 3, Bangunan Tunku Abdul Malik, Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

Wednesday, April 7, 2010

LAWATAN TAPAK KERJA JALAN PADA 19.4.2010


Kontraktor2 Bumiputera Kelas F di bawah Kepala IV Sub Kepala 3b yang berdaftar di Daerah Sik dan Kuala Muda adalah dipelawa untuk menyertai sebut harga kerja jalan di hadapan SMK Jeneri, Sik. Lawatan tapak adalah diwajibkan pada 19.4.2010 jam 10.00 pagi di hadapan SMK Jeneri, Sik sepertimana notis sebutharga di bawah......

Dokumen sebut harga boleh di dapati dari Bahagian Kontrak JKR Kuala Muda dan Sik, Sungai Petani dari 19.4.2010(Isnin) hingga 21.4.2010(Rabu) dan dari 25.4.2010(Ahad) hingga 26.4.2010.(Isnin)

Tarikh tutup : 27.4.2010(Selasa) Jam 12.00 tengah hari.


Tuesday, April 6, 2010

LAWATAN TAPAK PADA 14.4.2010

Kepada semua kontraktor bumiputera Kelas F dibawah Kepala I Sub Kepala 1 di Daerah Kuala Muda dan Sik dipelawa untuk menyertai sebutharga membeli dan meroboh serta melupuskan dua buah kuarters guru di SK Sri Dusun, Sik. sepertimana notis sebutharga di bawah.....

PERHATIAN....

...Mulai sekarang dokumen sebut harga tidak lagi di jual pada hari KHAMIS....

Sunday, March 21, 2010

LAWATAN TAPAK 31/3/2010

Kontraktor Bumiputera Kelas F yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor di bawah Kepala I Sub Kepala 1,7a,7b yang masih dibenarkan membuat kerja2 sebutharga dipelawa untuk menyertai sebutharga sepertimana notis di bawah....


Thursday, February 11, 2010

SEBUTHARGA PENYENGGARAAN BAHU JALAN NEGERI 2010

Sebanyak 8 sebutharga baru untuk kerja-kerja memotong rumput dan membersih kawasan bahu jalan-jalan negeri di Daerah Kuala Muda bagi tahun 2010. Dibahagikan kepada lapan pakej iaitu Pakej 1 hingga Pakej 8 dibuka kepada semua kontraktor bumiputera yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan dibawah Kepala 220402. Taklimat sebutharga akan diadakan pada hari Selasa 23hb. Februari 2010 jam 10.00 pagi di Bilik Taklimat JKR, Tingkat 3, Bangunan Tunku Abdul Malik, Sungai Petani. Kehadiran taklimat adalah diwajibkan. Salinan asal AKUAN PENDAFTARAN KONTRAKTOR dan AKUAN PENDAFTARAN KONTRAKTOR BUMIPUTERA, KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA perlu dikemukakan semasa membeli dokumen sebutharga.



Monday, January 25, 2010

PENAMBAHBAIKAN DALAM URUSAN KERJA-KERJA UNDI

Rasanya masih belum terlambat untuk penulis mengucapkan selamat tahun baru 2010, dengan harapan semoga pada tahun ini semua aktiviti kerja-kerja kontrak berjalan dengan lancar tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. Kami di bahagian kontrak sentiasa akan menjalankan tugas dengan penuh amanah, dedikasi dan adil. Kami di sini tidak mempunyai apa apa kepentingan diri dalam semua urusan berkaitan kerja kerja kontrak.

Untuk tahun ini beberapa penambahbaikan telah difikirkan dan salah satu penambahbaikan yang akan dilaksanakan ialah berkaitan proses pelaksanaan kerja kerja undi sekiranya ada. Apa yang telah dilakukan dulu rasanya telah elok, tetapi bila difikir-fikirkan masih belum memberi keadilan kepada semua kontraktor yang hadir untuk mengambil bahagian.

Jadi pada tahun ini sekiranya ada kerja undi, suatu perubahan telah difikirkan iaitu kita tidak memanggil kontraktor untuk mencabut undi mengikut turutan dalam senarai daftar kehadiran. Sebuah peti undi tambahan akan diadakan untuk menempatkan bola ping pong bernombor sama banyak dengan bilangan kontraktor yang hadir mendaftar diri. Ini menjadikan peti undi berisi bola ping pong akan menjadi dua buah iaitu peti pertama dan peti kedua. Proses memasukkan bola ping pong ke dalam kedua dua buah peti undi akan disaksikan oleh wakil wakil kontraktor, dan wakil kontraktor juga diberi peluang untuk mencabut sekali sebiji bola ping pong bernombor di dalam peti pertama. Jadi nombor yang tertera pada bola ping pong yang dicabut dari peti pertama akan di semak dalam daftar kehadiran untuk menentukan kontraktor yang akan dipanggil untuk mencabut undi dalam peti undi kedua.

Antara tujuan dibuat penambahbaikan ini ialah untuk memberikan lebih keadilan kepada kontraktor, jika sebelum ini cabutan undi berdasarkan senarai daftar kehadiran. Cara lama memberi kelebihan kepada kontraktor yang hadir awal kerana lebih berpeluang berbanding dengan yang hadir kemudian kerana nama ada di bawah. Dengan cara baru ini diharapkan yang benar benar bernasib baik saja yang mendapat kerja, tidak kerana hadir awal lebih bernasib baik dari yang hadir kemudian. Sekiranya ada sebarang komen atau cadangan silalah beri atau emel kepada penulis di alamat jkrkms@gmail.com

Sunday, November 15, 2009

NOTIS SEBUTHARGA KERJA MENCUCI PEJABAT2 BANGUNAN TUNKU ABDUL MALIK

Satu sebutharga bagi kerja mencuci pejabat-pejabat di Bangunan Tunku Abdul Malik, Sungai Petani bagi tahun 2010 akan dibuka kepada semua kontraktor bumiputra yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah kepala dan sub kepala sepertimana tercatat di notis sebutharga di papan kenyataan Bahagian Kontrak, JKR Kuala Muda Dan Sik. Taklimat sebutharga akan diadakan pada hari Ahad 22hb. November 2009 di Bilik Taklimat JKR, Tingkat 3, Bangunan Tunku Abdul Malik, Sungai Petani. Tarikh tutup sebutharga pada 26hb. November 2009.

Tuesday, November 3, 2009

NOTIS SEBUTHARGA KELAS 'F' TAKLIMAT PADA 9.11.2009 (Isnin)

Pemborong2 Kelas F , Kepala I/1 dan IV/3b dijemput menghadiri taklimat sebutharga yang akan diadakan pada 9.11.2009 jam 10.00 pagi di Bilik Taklimat JKR, Tingkat 3, Bangunan Tunku Abdul Malik, Sungai Petani.

Tuesday, October 20, 2009

NOTIS SEBUTHARGA KELAS 'F' TAKLIMAT PADA 27.10.2009 (Selasa)

Pemborong2 Kelas F , Kepala IV/3b dijemput menghadiri taklimat sebutharga yang akan diadakan pada 27.10.2009 jam 10.00 pagi di Bilik Taklimat JKR, Tingkat 3, Bangunan Tunku Abdul Malik, Sungai Petani.

Wednesday, October 14, 2009

NOTIS SEBUTHARGA KELAS 'F' LAWATAN TAPAK PADA 21.10.2009 (Rabu)

Ubahsuai dan naiktaraf bilik lukisan mekanikal kepada makmal 'CNC' di Sek. Men. Teknik Sungai Petani 1, Daerah Kuala Muda, Kedah Darul Aman.

Tuesday, October 13, 2009

NOTIS SEBUTHARGA KELAS 'F' LAWATAN TAPAK PADA 20.10.2009 (Selasa)

Membina dan menyiapkan dua buah wakaf dan kerja lanskap di kompleks Tabika, Felda Teloi Timur, Daerah Sik, Kedah Darul Aman

Sunday, September 6, 2009

NOTIS SEBUTHARGA KELAS 'F' TAKLIMAT PADA 13.9.2009

Kerja-kerja menaiktaraf dan menurap semula jalan kampung (PJK) Jalan Kampung Jerai, Mukim Teloi, Merbok, Kedah




Thursday, September 3, 2009

NOTIS SEBUTHARGA KELAS ' E ' LAWATAN TAPAK 10.9.2009

Notis tawaran untuk kontraktor Kelas E - untuk kerja membina dan menyiapkan sebuah jambatan dan lain-lain kerja yang berkaitan di Kg. Dusun Pengapit, Sik, Kedah.


Tuesday, September 1, 2009

NOTIS SEBUTHARGA JKR - DAERAH SIK

1. Sebutharga JKR Kuala Muda Dan Sik No. B/04/2009

Kerja-kerja pemasangan grill, garaj kereta dan yang berkaitan di Kuarters Baru Klinik Desa Kampong Belantik, Sik, Kedah Darul Aman. Lawatan tapak pada 08.9.2009



2. Sebutharga JKR Kuala Muda Dan Sik No. B/05/2009

Kerja-kerja pemasangan grill, garaj kereta dan yang berkaitan di Kuarters Baru Klinik Desa Hujung Bandar, Sik, Kedah Darul Aman. Lawatan tapak pada 09.9.2009



3. Sebutharga KEDA


Cadangan menaik taraf bekalan elektrik di Pusat Herba (KEDA) Di Charuk Tualang, Sik,
Kedah.



Thursday, August 13, 2009

SALAM SEJAHTERA DAN SELAMAT DATANG

Salam sejahtera dan selamat datang kepada semua yang dapat mengakses ke laman blog ini, semoga dengan adanya ruangan ini dapat memberikan manfaat kepada semua ke arah meningkatkan kualiti perkhidmatan JKR Kuala Muda dan Sik. Sekiranya ada apa-apa persoalan ataupun inginkan maklumat lanjut mahupun cadangan sila email di alamat jkrkms@gmail.com semoga ianya akan dapat menambahbaik lagi ruangan ini. Notis sebutharga dan tender yang mendatang akan dipaparkan di ruangan ini selain di papan kenyataan untuk memberi kemudahan kepada semua yang berminat dan mempunyai kemudahan akses ke internet.

Followers